Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Suami saya pernah berkahwin secara dan ada anak 2 orang.Tapi bernikah tanpa daftar .Nikah sendiri .Secara rahsia.
Selepas itu berkahwin dengan saya atas status duda.Pernah bercerai dengan isteri sebelum ini.Jadi sy ni pernikahan yg ke 3.
Saya terasa tertipu selepas nikah, baru tahu dia ada isteri dan masih berhubung.sy x dpt check, sebab nikah mereka x daftar.Sy tdk dapat terima dan menegaskan utk undur diri.
Beberapa bulan Suami pujuk sy, suami menegaskan mereka dah berpisah. Jd sy bg lg peluang.Sy keliru, status mereka ni.sb masing2 berahsia.Adakah jatuh talak jika suami x balik rumah,x bg nafkah isteri yg x daftar kahwin tu.sy keliru, mcm mn nk tahu jika mereka dh cerai ke belum.sebab dah setahun dia x de berhubung dengan isterinya yg x daftar tu. Sy cuma xnak kena tipu n jd kejam.adakah jatuh talak, jika suami x balik dan x bg nafkah?sebab masalahnya, mereka nikah tak daftar
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan :
1. Pihak puan hendaklah mencadangkan kepada suami untuk mendaftarkan pernikahannya secara rahsia tersebut, agar status pernikahannya tersebut dapat dipastikan adakah ianya sah pada hukum syarak atau sebaliknya. Sekiranya tidak didaftarkan mana-mana pihak sukar untuk membuktikan atau mengesahkan status pernikahan mereka.
2. Berkaitan pertanyaan puan tentang adakah jatuh talak jika suami tidak balik rumah atau tidak memberi nafkah kepada isterinya itu. Dalam situasi ini, jatuh atau tidak adalah bergantung kepada ada atau tidak lafaz taklik selepas nikah diikrar oleh suami yang mengaitkan kegagalan suami melaksanakan tanggungjawab sebagai suami. Sekiranya ada lafaz taklik maka pihak pasangan boleh membuat aduan kepada pihak mahkamah Syariah, sekiranya berlaku pelanggaran tanggungjawab tersebut. Sekiranya tiada lafaz taklik dibuat, pihak isteri boleh memohon fasakh di mahkamah Syariah kerana suami tidak bertanggungjawab dari sudut nafkah dan sebagainya. Namun perkara tersebut tidak dapat dilakukan di Mahkamah Syariah sehingga perkahwinan tersebut didaftarkan.
Sekian, terima kasih.