Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Pada Bulan September 2024, saya telah bernikah dengan seorang musli warga negara Egypt. Beliau sudah bercerai lafaz dengan bekas isteri talak 3 pada July 2024 dan bersumpah bahawa secara islam sudah bercerai tetapi process cerai melalui mahkamah masih berjalan. Oleh kerana percaya akan kata-katanya, saya setuju bernikah dengan beliau, kerana saya tidak akan bernikah selagi beliau masih beristeri .Namun hingga hari ini, saya dapati process cerai secara legal masih belum bermula. Walaupun bekas isteri sudah tamat masa iddah dan secara islam, meraka sudah bercerai talak 3. Soalan saya, apakah hukum seorang suami menceraikan isteri dengan talak 3 dan tamat tempoh iddah, namun tidak mendeklarasi keadaan sebenar di mahkamah egypt. Kerana di negara egypt secara legal, meraka adalah suami isteri yang sah. Pada pengetahuan pihak mufti, beliau mempunyai 5 anak dengan bekas isteri.
Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, kami tidak memiliki pengetahuan secara khusus mengenai undang-undang perkahwinan negara Mesir.
Walau bagaimanapun, secara umumnya, sesuatu lafaz talak yang diucapkan oleh suami sekiranya menenuhi segala rukun dan syarat, maka talak dari segi syarak akan berlaku. Namun, perkara tersebut perlu disahkan oleh pihak yang berbidangkuasa, iaitu pihak mahkamah, di dalam menentukan bahawa lafaz yang diucapkan memenuhi rukun dan syarat. Menjadi suatu kebimbangan sekiranya lafaz yang diucapkan tidak memenuhi mana-mana syarat yang menyebabkan talak tidak sah.
Lebih-lebih lagi di dalam penceraian talak tiga dalam satu masa, perkara ini perlu kepada penelitian dan keputusan daripada pihak mahkamah.
Oleh itu, adalah disarankan kepada pihak puan untuk menunggu keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti di Mesir.
Sekian, terima kasih.