Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt, adakah membuat tekaan tentang sesuatu dikira meramal? Misalnya meneka jantina bayi yang ada dalam kandungan sesorang?
Jawapan
Tekaan yang tidak dibenarkan dalam Islam adalah tekaan yang menggunakan kaedah yang dilarang disebabkan unsur-unsur syirik dan melanggar prinsip akidah Islam. Sekiranya tekaan ini dalam kaedah yang biasa meneka, atau dengan kaedah saintifik maka ia dibenarkan dan tiada masalah berkaitan itu.
Sekian, terima kasih.