Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz..nak bertanya..dalam keadaan marah, jika suami membebel sendirian seorang diri dengan ungkapan..aku rasa macam nak bercerai je.tetapi tiada niat untuk bercerai kerana sentiasa berhati hati akan hal ni ..pada masa yang sama..untuk menghilangkan was was, ada ungkapkan pada isteri ' aku rujuk la kau balik kalau hal ni terjadi'..Dan juga apakah status rujuk berkenaan?..terima kasih.
Jawapan
Berdasarkan situasi tersebut, bebelan suami sendirian berbunyi: aku rasa macam nak bercerai je, ia bukanlah lafaz talak secara langsung. Namun, boleh dikategorikan sebagai lafaz kinayah (kiasan). Oleh kerana saudara nyatakan tiada niat untuk cerai, maka talak tidak berlaku.
Jika talak tidak berlaku, maka tidak terpakailah rujuk tersebut. Walau bagaimanapun, urusan pernikahan, perceraian dan rujuk adalah di bawah bidangkuasa Pejabat Agama, justeru saudara dikehendaki merujuk perkara ini di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.