Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum , saya ingin bertanya . Apakah hukum wanita memakai stokin yng berwarna seakan-akan warna kulit ?
Jawapan
Mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafi'i, telapak kaki wanita dikira aurat yang wajib ditutup ketika dihadapan lelaki asing dan juga di dalam solat. Oleh itu, memakai stokin kaki adalah wajib sebagai salah satu jalan menutup aurat.
Pemilihan warna stokin adalah bebas selagimana ia menutup warna kulit kaki pemakainya. Telah dinyatakan dalam kitab Fathul Mu’in Bi Syarhi Qurratul ‘Ain Bi Mubhamat al-Din karangan Syeikh Zainuddin al-Malibari;
Maksudnya: Dan menutupi seorang wanita merdeka, meskipun masih kecil, kecuali wajah dan dua telapak tangannya, punggung dan telapak tangan sampai ke siku. Dengan sesuatu yang tidak menampakkan warna, iaitu warna kulit dalam pertemuan percakapan.
Sekian, terima kasih.