Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,suami saya ada tulis di wasaap (jd cerai kau baru kau puas hati ke) macam mane yer ustaz ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tulisan di aplikasi Whatsapp yang ditaip oleh suami berbunyi: "jd cerai kau baru kau puas hati ke" ayat tersebut bukanlah lafaz cerai dan tidak menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Ia juga merupakan ayat pertanyaan. Maksudnya suami bertanyakan kalau jadi cerai adakah isteri berpuas hati tentang perkara tersebut.
Sekian, terima kasih.