BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam.. saya seorang pengusaha perniagaan Pelamin .. apakah hukum menerima tempahan Pelamin untuk majlis perkahwinan orang bukan islam di tempat ibadat mereka.. terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, terdapat perbezaan pendapat dikalangan fuqaha’ antara yang mengharuskan dan tidak mengharuskan bagi hukum penyediaan pelamin untuk majlis perkahwinan orang bukan Islam yang tidak melibatkan hiasan keagamaan dan seumpamanya serta tiada penglibatan langsung dengan aturcara keagamaan mereka.

Mengambil keputusan agar tidak mengambil tempahan ini adalah lebih baik bagi keluar daripada khilaf.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 15

message user image