BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz / ustazah

11 tahun lepas, ada seorang kakitangan berbangsa cina yang baru bertugas telah meminjam baju korporat syarikat milik saya untuk dipakai ketika dia ada urusan di luar pejabat. Pesan saya pada nya agar baju tersebut tidak perlu di pulangkan kembali kepada saya kerana syarikat akan memberi baju baru kepada setiap kakitangan nya.

Beberapa hari kemudian, dia telah memulangkan juga baju tersebut kepada saya dan katanya baju tersebut telah di hantar ke kedai dobi untuk di cuci. Ketika sampai di rumah saya telah membuka lipatan baju tersebut dengan tujuan untuk menggantung baju tersebut di dalam almari dan saya dapati ada sehelai bulu pada baju tersebut. Terdetik di hati saya adakah ini bulu anjing. Bila saya teringat kata nya baju tersebut telah di hantar ke kedai dobi untuk di cuci maka saya beranggapan mungkin juga bukan bulu anjing. Saya juga tidak bertanya kepada nya tentang bulu tersebut pada keesokan hari nya. 

Baru baru ini saya teringat kembali peristiwa ini dan perasaan was was saya pun datang. Saya jadi takut andai bulu tersebut betul betul bulu anjing dan saya tidak melakukan proses sertu. Sehingga saya menjadi takut andai ibadah ibadah saya seperti solat dan umrah tidak di terima selepas itu. Oleh kerana kejadian sudah terlalu lama berlaku, saya tidak ingat samada saya ada memegang bulu tersebut atau tidak. Tidak ingat juga samada saya ada memegang bulu dan baju dalam keadaan tangan kering atau basah. Tidak ingat juga samada saya ada memakai baju tersebut selepas itu atau tidak.

Saya cuba abaikan perasaan was was tersebut dan menjalani kehidupan seperti biasa. Betul kah tindakan saya ini. Saya minta pencerahan dari ustaz / ustazah dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sesuatu benda adalah suci selagi mana yakin tidak ada kewujudan najis dengan pasti sama ada dari segi rasa, bau atau warna. Hal ini adalah berdasarkan kaedah fiqh:

أَنَّ الْأَصْلَ فِي الْأَعْيَانِ الطَّهَارَةُ

Maksudnya: Sesungguhnya hukum asal sesuatu barang itu adalah suci.

Perlu difahami bahawa selagi mana puan yang tidak pasti akan status bulu tersebut, maka hukumnya kembali kepada asal iaitu suci. Justeru, baju tersebut adalah suci dan tiada masalah untuk mengenakannya.

Adapun perkara yang puan alami sekarang hanyalah sebagai salah satu bentuk was was yang perlu dielakkan. Puan dijemput untuk membaca artikel Taudhih al-Hukmi #76 bertajuk Panduan Menangani Was was Dalam Perkara Ibadah yang telah diajarkan oleh para ulama pada pautan: 

https://www.muftiselangor.gov.my/2024/11/19/76-taudhih-al-hukmi-panduan-menangani-was-was-dalam-perkara-ibadah/ 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 16

message user image