Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
saya berpuasa ganti, semasa saya solat subuh, ada hingus mengalir waktu rukuk, so secara natural nya, refleks saya akan sedut lah kan hingus tu kerana takut jatuh ke sejadah, saya baru ingat saya puasa. so, lepas tu saya biar je hingus tu sampai habis solat saya baru lap, lepastu saya tarik nafas tapi rasa hingus tersedut lagi, pastu saya cuba keluarkan tapi takde pulak hingusnya, jadi apakah status puasa ganti saya? bukan sengaja saya sedut, itu seperti tindakan refleks kalau ada hingus. tapi semua hingus yang saya tersedut balik tu still dalam kawasan hidung la, belum keluar dari lubang hidung.
Jawapan
Merujuk kepada soalan, hukum menelan hingus yang sudah terkeluar dari rongga hidung ketika berpuasa adalah batal. Namun sekiranya perbuatan itu tidak disengajakan (tindakan refleksi) adalah tidak membatalkan puasa tersebut.
Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar Al-Ghifari R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengampunkan ke atas umatku (perbuatan-perbuatan yang dilakukan) secara tersilap, terlupa, dan juga suatu yang dipaksa ke atas mereka.
Riwayat Ibn Majah (2043)
Sekian, terima kasih.