Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan Ustaz,
Saya Ingin bertanya mengenai pekerjaan yang saya dapat, di Commonwealth War Graves Commision sebagai Country Manager ,yang menguruskan tanah perkuburan tentera-tentera perang sewaktu Perang Dunia pertama dan kedua. Antara tugas yang diberi seperti:
-Menyusun atur pekerja operation seharian di kawasan perkuburan tersebut Seperti landskap,pembersihan batu memorial ,memastikam semua kawasan dalam keadaan teratur dan bersih
-Menyusun atur segala bahagian admin,event di kawasan perkuburan tersebut yang diselenggarakan di beberapa tempat.
-Membuat budget beberapa kawasan perkuburan yang diselenggara oleh commenwealth di malaysia .
-Kawasan perkuburan perang tersebut terdapat dari tentera islam,kristian, dang agama lain juga.
-Membuat persediaan event untuk mereka menganjurkan aktiviti keagamaan seperti menghormati mangsa2 perang dr perang dunia pertama dan kedua. di kawasan itu juga terdapat mangsa yg beragama islam dan lain2 lagi.
Adakah jika saya terima pekerjaan ini,ia bersalah dari segi akidah,agama ..Sy risau jika sy terima pekerjaan ini,wang yg saya dapat tidak berkat dan bercanggah dengan agama islam. Mohon tunjuk ajar untuk ini.
Saya berasa was-was dan perlu dapat tunjuk ajar dari pakar agama.
Sekian Terima Kasih
Jawapan
Sebuah hadis daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, (Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan apa yang diamati, perkuburan ini bercampur-campur antara agama disebabkan menjadi mangsa peperangan atau tentera. Oleh itu, tiada permasalahan akidah berkaitan pekerjaan ini melainkan tuan terlibat secara langsung dengan aktiviti keagamaan atau majlis penghormatan yang menyanggahi syariat Islam. Tuan hanya terlibat sebagai pengurus yang mentadbir perjalanan perkuburan ini sesuai dengan tanggungjawab yang diberikan.
Sekian, terima kasih.