BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum WBT tuan,semoga pihak tuan sentiasa dikurniakan kebaikan dan kejayaan didunia dan diakhirat.

Terdapat ada 1 soalan yang telah lama bermain difikiran saya dan belum mendapat jawapan yang sangat kukuh berkenaan puasa. Saya telah baligh pada umur 13 tahun,tingkatan 1. Saya seorang yang mempunyai masalah keputihan dan saya tidak mempunyai ilmu yang kukuh,jadi setiap kali saya ingin solat saya mesti akan memasukkan jari kedalam rongga hadapan bagi membersihkan keputihan didalam,termasuklah bulan puasa. Semasa saya umur 18 tahun,saya mendapati bahawa batal puasa sekiranya memasukkan sesuatu ke dalam rongga semasa puasa jika melepasi had batin,kerana saya hanya ingat rongga tersebut hanyalah tekak dan seangkatan dengannya tanpa mengetahui bahawa qubuldan dubur juga termasuk. Jadi bagaimana dengan puasa saya selama ini, Bayaran fidhyah saya perlu ganda atau bagaimana. Itu sahaja daripada saya,saya mohon maaf atas sebarang kesulitan atau terkasar bahasa,Terima kasih tuan. Assalamu'alaikum WBT semoga tuan sihat sejahtera selalu dan selalu diberkahi oleh Allah SWT,Aamiin.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka, termasuklah bahagian kemaluan depan dan belakang (qubul dan dubur) sehingga melebihi had batin. 

Oleh itu, dinasihatkan agar perbuatan sedemikian tidak dilakukan ketika berpuasa kerana ia akan membatalkan puasa. Manakala, bagi puasa yang lepas, sebahagian ulama Mazhab Shafi‘i menyatakan, puasanya tidak batal secara umumnya jika dia jahil (tidak tahu) perkara tersebut membatalkan puasa. Justeru, ia tidak perlu diganti atau dibayar fidyah. Sama-sama berdoa semoga Allah SWT mengampuni kesilapan yang lalu.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image