BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, jika keluarnya lendir sekali bercampur darah (sedikit), adakah boleh solat dan puasa? Ini terjadi kepada saya selepas menggunakan IUCD  beberapa bulan lepas. Aelepas bersama, ada ketikanya keluar lendir bercampur darah. Mohon pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa haid boleh dikenal pasti melalui tempoh (tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam manakala tempoh maksimum suci daripada haid adalah 15 hari) dan boleh juga dikenal pasti melalui ciri-ciri warna darah yang keluar.

Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan, sekiranya darah keluar dalam tempoh yang dijelaskan di atas dan menepati ciri-ciri haid dari sudut warnanya, maka seorang wanita itu dikira berada dalam keadaan tidak suci dan tidak perlu menunaikan solat serta berpuasa. Namun, jika ia berlaku dalam tempoh suci daripada haid, maka ia adalah darah istihadhah, maka wajib untuk solat dan puasa.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image