BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya berkerja di shah alam dan tempat tinggal sy di ijok kuala selangor.perjalanan dua hala sejauh 106km, bleh x sy jamak solat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Ingin dijelaskan bahawa solat jamak boleh dilakukan sekiranya permusafiran melebihi 2 marhalah iaitu 81 KM bagi satu hala. 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jarak antara Shah Alam (tempat kerja) dan tempat tinggal di Ijok, Kuala Selangor ada 106 KM bagi dua hala, bermakna hanya sekitar 53 KM bagi satu hala. Ia tidak memenuhi syarat 2 marhalah. Maka, dalam situasi ini solat jamak tidak dibenarkan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image