Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya berkahwin dengan duda yang sudah punya anak ..
adakah nafkah anak nya lebih banyak dan lebih utama dari isteri baharu nya ?adakah nafkah isteri baru nya menjadi nombor dua ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, keutamaan nafkah adalah kepada isteri. Iaitu suami berkewajipan untuk menyediakan nafkah isteri seperti berikut;
Jika semua ini telah diberikan kepada isteri, maka tertunailah tanggungjawab suami berdasarkan kemampuan kewangannya. Firman Allah SWT dalam surah at-Talaq ayat 7:
Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
Duit poket atau duit belanja untuk isteri tidaklah wajib sekiranya suami telah menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, dan perubatan. Selepas menunaikan nafkah isteri, barulah nafkah anak menjadi keutamaan.
Bagi nafkah anak, jika jumlah anak ramai dan masih kecil atau masih belajar, maka keperluan kewangan mereka juga lebih besar. Ini lebih-lebih lagi sekiranya suami telah mendapat perintah Mahkamah Syariah mengenai jumlah nafkah yang perlu dibayar atau jika amaun tersebut telah dipersetujui bersama.
Namun, sekiranya isteri berasa tidak berpuas hati dengan nafkah yang diterima, wajar bagi suami isteri untuk berbincang secara baik agar kedua-duanya dapat saling memahami dan mencapai kesepakatan yang adil.
Sekian, terima kasih.