BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya adakah sah solat menggunakan baju yang telah di sembur dengan cecair Dettol disinfectant spray yang mengandungi Ethyl Alcohol (Ethanol) dan menggunakan hand sanitizer yang mengandungi alcohol.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Secara ringkas, penghasilan alkohol boleh dipecahkan kepada dua kategori:

1. Melalui proses pembuatan arak, hukumnya adalah haram dan najis.

2. Melalui proses campuran bahan kimia atau sintetik, hukumnya harus dan suci.

Alkohol yang terhasil dari bahagian kedua dinamakan sebagai alkohol sintetik. Jenis alkohol yang terdapat dalam sabun mandian dan hand sanitizer adalah etanol yang merupakan alkohol buatan atau sintetik. 

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah memutuskan beberapa perkara, antaranya: 

  • Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun, bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

  • Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

  • Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Oleh itu, pakaian yang terkena dettol disinfectant spray dan hand sanitizer tidak membatalkan solat kerana ia suci dan harus digunakan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih..

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image