Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya mengenai najis..
adakah air mangkuk tandas yg sudah diflush najis? jikalau air mangkuk tandas yg bertakung (yg sudah difush itu) terpercik dan kena ke tubuh kita..adakah ia najis?
apabila kencing & setelah flush toilet..semasa sdg beristinja', saya selalu merasa seperti ada air mangkuk tandas terpercik mengenai saya..tp saya tidak nampak ada air yg melantun dr mangkuk tandas itu..cuma rasa seperti ada yg merecik..tp sy tidak pasti..jadi adakah bahagian tubuh yg saya rasa mcm kena itu telah menjadi najis?
saya selalu was-was & ragu-ragu terhadap perkara najis ini sehingga kdg2 ia smpi mengganggu keyakinan &ketenangan saya...saya selalu berpegang pada prinsip jika tidak pasti & tidak nampak dgn jelas..maka abaikan shj perasaan itu & menganggap ia adalah ganguan syaitan..boleh kah begitu?
sekian..terima kasih..
Jawapan
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu kawasan itu terkena najis melalui ain, bau, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, warna dan rasa. Merujuk kepada persoalan tuan:
1) Air yang telah diflush biasanya dianggap bersih selagi tiada kesan jelas najis seperti warna, bau, atau rasa yang berubah. Manakala air percikan daripada mangkuk tandas tidak dianggap bernajis melainkan terdapat kesan ain najis sama ada warna, bau atau rasa. Seandainya tiada atau tidak dapat dipastikan kewujudannya, maka ia adalah suci.
2) Jika air itu terpercik pada tubuh tetapi anda tidak pasti sama ada ia najis atau tidak, maka ia dianggap suci. Kaedah fiqh mengatakan bahawa:
Maksudnya: Hukum asal setiap sesuatu itu adalah suci.
Adapun najis itu adalah perkara yang mendatang dan ia perlu dibuktikan dengan yakin dan bukan sekadar syak atau ragu-ragu.
3) Prinsip yang anda pegang itu betul. jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, maka abaikan sahaja perasaan tersebut.
Sekian, terima kasih.