BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah,

Saya ada soalan berkenaan lantai bekas kencing anjing.

Saya bekerja di ofis yang majoriti kaum Cina non Muslim. Pada suatu hari ada seorang customer datang dan masuk ke dalam ofis kami membawa anjing. Tetapi anjing dia terkencing dan meninggalkan titisan air kencing itu sepanjang dia berjalan ke tandas ofis kami. Saya dapat lihat ada titisan air kencing dia atas lantai. Tapi dalam tandas saya tak pastilah dimana dia kencing. Jadi kawan ofis kami yang cina cuma mop dan bersihkan kesan itu dengan air sabun mop sahaja. 

Kami semua tak memakai kasut di dalam ofis dan kami yang Muslim solat dia ruangan solat di penjuru ofis. Jadi tempat titisan kencing anjing tu memang laluan utama kami juga. Jadi bagaimana caranya? Sebab saya takut mereka yang non muslim tak selesa jika kami sertu lantai tu dengan air tanah. 

Mohon pencerahan ustaz/ustazah. 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, dalam situasi ini, lantai yang terkena air kencing anjing adalah najis mughallazah (najis berat) dan perlu disertu dengan air tanah sekali serta enam kali dengan air mutlak. Namun, memandangkan anda bekerja dalam persekitaran yang majoritinya bukan Muslim dan mereka mungkin tidak selesa dengan penggunaan tanah, anda boleh mengambil langkah berikut:

1) Bincang dengan cara baik – Jika ada peluang, jelaskan kepada pihak pengurusan atau rakan sekerja non-Muslim tentang keperluan membersihkan kawasan itu mengikut ajaran Islam, supaya mereka memahami keperluan sertu.

2) Gunakan cara sertu yang lebih praktikal – Jika tidak dapat menggunakan air tanah secara langsung, boleh gunakan sabun sertu yang mengandungi tanah yang telah diproses. Ini lebih mudah dan kurang menimbulkan kekeliruan kepada rakan sekerja non-Muslim.

3) Solat dengan kasut atau alas kaki – Jika mustahil untuk menyertu lantai, puan boleh memakai kasut atau stokin bersih yang tidak menyentuh lantai yang dikhuatiri bernajis semasa bergerak ke tempat solat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image