BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya serumah dengan perempuan non-muslim dan menumpang peti sejuk untuk menyimpan plastik berisi lauk kemudian terpegang darah basah babi tanpa mengetahuinya (tidak sengaja). Apakah hukum atas perbuatan itu dan perlu kah sertu?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم  ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya ada bahagian jari terkena darah babi yang masih basah, maka jari tersebut perlu disertu kerana sudah terkena najis mughallazah (najis berat). Oleh itu, puan perlu menyucikan tangan dengan cara sertu, iaitu membasuhnya dengan air tanah satu kali, diikuti enam kali air mutlak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image