BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam. Saya ingin bertanya. Saya melawat rumah kawan saya yang bukan islam. Apabila saya duduk di atas sofa, saya mendapati ada bulu anjing yg kering menempel di tangan saya. Lalu saya pergi membasuh tangan saya dengan air. Apakah hukumnya jika semasa saya membasuh tangan itu, bulu anjing yg kering masih ada menempel di tangan saya. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jika bulu itu kering dan tangan juga kering semasa menyentuhnya, maka ia tidak menajiskan dan hanya perlu membuang bulu tersebut.

Adapun jika semasa membasuh tangan dan bulu tersebut masih menempel, maka tangan tuan tetap suci setelah membasuhnya dengan air biasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image