Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya seorang yang kerap keluar air mazi. Saya dahulu seorang yang suka melancap namun telah insaf dan tidak melancap beberapa bulan. Namun, sekarang ini saya sering keluar air mazi setiap hari dan terkena pada seluar dan seluar dalam. Saya seorang pelajar kolej jadi untuk solat zohor tidak boleh balik asrama, saya pernah menghalang menggunakan tisu namun tetap terkeluar dan terasa cecair pada kaki saya. Saya juga rasa yang air mazi tersebut terkena pada seluar saya juga. Bolehkah najis ini jadi dimaafkan sebab untuk basuh seluar secara keseluruhan agak sukar apabila di blok akademik. Saya sangat risau akan kesahihan solat saya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tahniah kerana telah berjaya menjauhkan diri dari perbuatan yang dilarang dalam Islam. Semoga terus istiqamah dalam menjaga kesucian diri dan ibadah. Berkenaan soalan yang diajukan, secara umumnya, air mazi dikategorikan sebagai najis mutawassitah (najis pertengahan), dan ia wajib dibersihkan sebelum mendirikan solat. Bagi mengatasi masalah ini, saudara boleh mengambil langkah-langkah berikut:
Gunakan pelapik
Sebaiknya, letakkan pelapik seperti tisu yang tebal atau kain bersih bagi mengelakkan air mazi terkena seluar dalam dan seterusnya tembus ke seluar yang dipakai.
Cuci bahagian pakaian yang terkena
Tukar pakaian untuk solat
Rujukan kepada Orang yang Mengalami Daim al-Hadas (Sentiasa Berhadas) dan Salasil al-Baul (Tak Lawas Kencing)
Kesimpulannya, air mazi adalah najis dan tidak dimaafkan bagi individu yang sihat serta normal. Namun, bagi mereka yang mengalami keadaan tertentu seperti daim al-hadas (sentiasa berhadas) atau salasil al-baul (tak lawas kencing), najis masih kekal kenajisannya namun ia dimaafkan kerana keadaan ini dikategorikan sebagai uzur syar‘ie.
Oleh itu, adalah disarankan untuk mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan keluarnya air mazi. Namun, jika ia keluar secara berterusan tanpa sebab yang jelas, maka sebaiknya dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pakar perubatan. Ini kerana secara umumnya, air mazi keluar akibat rangsangan, dan jika berlaku secara berterusan tanpa rangsangan, ia mungkin menandakan masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.
Sekian, terima kasih.