Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Pihak JAIS,
Saya ada soalan, berkenaan talak, jika sedang berbincang pasal fasakh diantara suami isteri dan disalah erti isteri mengatakan boleh jatuh talak.
Dialog
Suami : jika begitu kalau awak nak,boleh (ketika ini kami sedang berbincang pasal fasakh)
Isteri : buat apa fasakh sebab fasakh banyak buka aib dan banyak prosedur untuk fasakh,baik ceraikan sahaja.
suami :
Diharap pihak JAIS dapat menjawab soalan dan keadaan ini bagi penjelasan yang benar.
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan, Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili mengatakan bahawa talak tidak berlaku pada seorang faqih yang mengulangi perkataan talak dalam pengajarannya dan juga pada orang yang memberi hikayat yakni bercerita dari hal orang lain atau bercerita hal diri sendiri, kerana dia tidak berniat terhadapnya, namun berniat untuk pengajaran dan juga penceritaan. Oleh yang demikian, perbincangan tuan dan isteri tuan adalah atas dasar perbincangan atau bercerita hal yang berkaitan bagaimana untuk menguruskan permohonan untuk bercerai, maka perbincangan yang diungkapkan tersebut tidaklah dianggap jatuh talak.
Sekian, terima kasih.