BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamulaikum uztaz, 

saya ada pertanyaan pasal lafaz cerai. Ada satu waktu ni saya bercakap seorang diri mengenai nak hias bilik tidur. Rasa macam tak setuju dengan isteri. saya tak ingat sepenuhnya tapi ayat yang saya sebut seorang diri macam ni " ... cost semua ni mahal mana nak dapat duit. bazir duit je. If you dont listen to me. Aku c....kan kau astaufirullah terlepas cakap tak berniat pun" . Adakah lafaz ni sah atau tidak? Kerana ckp seorang diri tu tak sedar sepenuhnya sbb tengah basuh pinggan. Terima Kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, ayat yang dilafazkan secara bersendirian itu merupakan ayat yang sorih (jelas) maksudnya, "If you dont listen to me. Aku c....kan kau astaufirullah terlepas cakap tak berniat pun". Lafaz tersebut merupakan lafaz pemberitahuan iaitu "If you dont listen to me", maka suami akan menceraikannya. Oleh itu, setelah berlaku keadaan itu, terpulang pada suami sama ada mahu menceraikannya atau tidak dan suami perlu melafazkannya secara sorih setelah itu.

Sehubungan itu, perkara ini hendaklah dilaporkan ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 24

message user image