Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya mempunyai soalan berkenaan status hutang si mati selepas keluarganya mendapat pampasan takaful. Setakat pengetahuan saya, pampasan takaful untuk kematian boleh diberikan oleh agensi takaful mengikut 2 metod ianya secara hibah dan wasi. Untuk hibah, ianya merupakan hadiah yang 100% akan dimiliki oleh penama, manakala metod wasi perlu menguruskan pampasan si mati secara faraid atau persetujuan bersama. Disebabkan hibah merupakan hadiah, ianya tidak diwajibkan untuk digunakan untuk menyelesaikan hutang si mati dahulu. Manakala, untuk metod wasi, wasi mestilah menyelesaikan dahulu hutang si mati menggunakan segala harta yang si mati tinggalkan termasuklah pampasan kematian takaful. Persoalan saya di sini, jika si mati mengambil metod wasi untuk pampasan kematian takaful:
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara,
1. Hibah merupakan hadiah, tidak ada kewajipan bagi penerima hibah untuk membayar hutang si mati, berbeza dengan kaedah wasi, di mana ahli waris perlu melangsaikan hutang si mati dengan harta yang ditinggalkan oleh si mati.
2. Dalam Islam, hutang adalah perkara yang sangat dititik beratkan khususnya hutang yang tidak diselesaikan oleh si mati semasa hayatnya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa' ayat 11:
Maksudnya: (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Ini dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Jiwa seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskannya. (Riwayat al-Tirmizi)
3. Ahli waris hendaklah melangsaikan hutang si mati dengan harta yang ditinggalkan, sebelum baki harta tersebut dibahagikan mengikut faraid. Berusahalah untuk meringankan beban dosa si mati kerana dosa hutang tidak diampunkan sehingga selesai dilunaskan. Hadis daripada Abdullah bin Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia). (Riwayat Muslim)
Adapun bagi ahli waris, ganjaran pahala di sisi Allah diberikan apabila menunaikan tanggungjawab kepada si mati dengan melangsaikan hutang, sebagai tanda kasih sayang, kebaikan mahu pun kebajikan kepadanya.
Walau bagaimanapun, seandainya si mati telah meninggalkan wasiat atau amanah kepada si waris untuk melangsaikan hutangnya, namun si waris tidak melaksanakannya, maka si mati terlepas daripada tanggungjawabnya. Sebaliknya beban itu ditanggung oleh si waris yang menerima amanah tersebut, jika dia mengabaikannya dengan sengaja.
Sekian, terima kasih.