BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, saya seorang kontraktor. Setelah sesuatu kerja itu siap, contohnya kerja mengecat rumah, pemilik rumah membuat bayaran kepada saya melalui pemindahan (transfer) wang menggunakan akaun bank konvensional. Ada boleh saya menerima wang tersebut? Sekian. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoslan yang diajukan.

Secara umumnya, wang yang berada dalam akaun bank konvensional bukanlah wang haram secara zatnya, tetapi cara bank konvensional itu beroperasi yang melibatkan unsur yang bertentangan dengan syariat seperti riba atau transaksi yang tidak patuh syariah. Namun, wang yang masuk ke dalam akaun anda adalah hasil kerja yang sah, iaitu upah mengecat rumah, ia bukan hasil daripada aktiviti haram.

Oleh itu, tiada masalah untuk menerima pembayaran daripada akaun bank konvensional kerana wang tersebut berasal daripada sumber yang sah dan bukan hasil aktiviti haram. Selain itu, anda bukan pemilik akaun tersebut, dan seseorang tidak dipertanggungjawabkan atas perkara yang berada di luar kawalannya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image