BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Al-Fadhil Ustaz

Saya ada sedikit kemuskilan.. mohon pencerahan mengenai hukum bagi masalah ini.

1. Satu kelab telah ditubuhkan, yuran kelab dikenakan mengikut gred, tidak sama setiap individu dengan individu gred berbeza. Tetapi manfaat yang diterima ahli adalah sama.

Mohon pencerahan dan saranan daripada pihak Al-Fadhil Ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Secara umu kelab merupakan platform yang berperanan dalam menggalakkan aktiviti sihat, mengukuhkan hubungan sosial, dan membangunkan kemahiran ahli melalui pelbagai program dan aktiviti. Selain memberi manfaat dalam aspek fizikal dan mental, penyertaan dalam kelab juga membuka peluang untuk pembangunan sahsiah dan kerjaya. Namun, bagi memastikan kelab dapat beroperasi dengan baik serta menyediakan kemudahan atau menganjurkan sesuatu program, sumber kewangan yang mencukupi amat diperlukan. Dalam hal ini, yuran kelab memainkan peranan penting sebagai sumber kewangan utama bagi menampung kos pengurusan serta memastikan kelangsungan aktiviti yang dirancang.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, jika perbezaan yuran ini merujuk kepada faktor yang munasabah, tanpa wujud unsur penipuan, penindasan, atau kezaliman, maka ia diharuskan. Namun, jika ia menyebabkan ketidakadilan yang nyata dan terdapat unsur eksploitasi, maka ia tidak dibenarkan. 

Begitu juga uruf kebiasaan masyarakat, terdapat banyak kelab dan organisasi, mengenakan yuran yang berbeza mengikut kategori ahli setelah disepakati secara bersama oleh semua ahli selain tidak mendatangkan kemudaratan dan tidak bercanggah dengan Islam maka ia adalah dibenarkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image