Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah benar pernyataan tentang apabila wanita melahirkan anak, maka tergugurlah dosa-dosanya. Bolehkah tuan beri penjelasan tentang pernyataan ini, dan apakah yang dimaksudkan sebenarnya?
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan, apa yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas ialah secara umumnya seorang Muslim itu apabila ditimpa suatu kesusahan atau musibah, tetapi dia tetap bersabar, berdoa dan mengharapkan pahala, dia akan beroleh ganjaran atas rasa sakit dan musibah tersebut. Begitu juga seorang wanita ketika menahan kesakitan ketika hendak melahirkan anak, waktu tersebut bukan sahaja dia bersabar dalam menahan kesakitan tetapi pada masa itu juga dia mengharapakan sepenuhnya pengharapan dan pertolongan serta keredhaan dan kemudahan hanya pada Allah SWT. Sakit yang dialami oleh seorang Muslim dianggap sebagai penebus dosa kecil, sebagaimana hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, sakit, kesedihan, gangguan, atau kegelisahan, bahkan duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapus dosa-dosanya. -Riwayat Bukhari dan Muslim
Oleh yang demikian, daripada kesakitan itulah dosanya diampunkan kerana setiap ujian yang Allah SWT berikan untuk menghapuskan dosa dan juga mengangkat darjat seseorang itu. Selain itu, sakit adalah ujian yang penuh hikmah. Ia mengajarkan erti kesabaran, menguatkan keimanan, dan membersihkan jiwa daripada dosa. Islam memandang sakit sebagai peluang untuk memperbaiki diri, menghargai kesihatan, dan meningkatkan hubungan dengan Allah. Melalui kesabaran dan doa, sakit boleh menjadi pintu rahmat yang membawa keberkatan di dunia dan akhirat.
Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab Riyadh al-Salihin: “Para ulama berkata, bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah SWT - yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia - maka syaratnya ada tiga:
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah.
Namun, sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, maka syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas (dan ditambah satu syarat lagi, iaitu):
Sekian, terima kasih.