Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Ustaz saya nak bertanya macam mane cara untuk membersihkan lantai yang banyak tahi cicak?boleh ke saya menyapu dahulu sehingga bersih dan ambil lap dengan tisu basah..selepas itu saya keringkn baru la saya tuangkn air
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, pastikan penyapu yang digunakan juga kering semasa mengumpulkan tahi cicak tersebut di satu tempat. Adalah memadai dengan mengambil tahi cicak tersebut menggunakan tisu basah dan lantai dilap dengan tisu basah yang lain lalu dibiarkan kering kemudian dialirkan kawasan tersebut dengan air mutlak. Cara sedemikian boleh digunakan untuk membersihkan lantai dalam rumah yang banyak tahi cicak.
Sekian, terima kasih.