BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Mufti.

Saya ingin bertanya mengenai salah satu rukun qauli dalam solat, iaitu membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW di tahiyat akhir.

Seperti yang diketahui, kebiasaannya selawat ini dibaca dengan lengkap menggunakan Selawat Ibrahimiyah. Namun, jika seseorang berada dalam keadaan darurat seperti sakit perut atau keadaan mendesak lain yang memerlukan solat diselesaikan dengan segera, adakah dibenarkan untuk membaca selawat dalam bentuk yang lebih ringkas, contohnya: Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad?

Saya ingin memahami sama ada ini memadai untuk memenuhi tuntutan rukun qauli dalam keadaan tertentu.

Sekian, terima kasih atas penjelasan yang diberikan.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, rukun qauli (perkataan atau bacaan) ialah rukun yang wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya. Rukun qauli ada 5 iaitu Takbiratul Ihram, Al-Fatihah, Bacaan Tahiyat Akhir, Selawat kepada Nabi pada Tahiyyat Akhir dan Salam Pertama. Justeru, di dalam situasi yang tuan alami maka Selawat Ibrahimiyyah hanya dikategorikan sebagai sunat hai'at yang mana sekiranya ditinggalkan bacaannya dalam solat maka tidak membatalkan solat dan tidak perlu digantikan dengan sujud sahwi. Maka bacaan selawat sekadar "Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad" sudah memenuhi tuntutan rukun qauli. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image