BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan.

Di tempat saya terdapat beberapa surau. Surau yang paling dekat dengan rumah saya, kadang-kadang tiada orang, sebagai contoh pada waktu Zohor. Jadi, selalunya saya akan ke surau yang sedikit jauh, tetapi masih dalam kariah yang sama, untuk solat berjemaah.

Soalan saya, berdosakah saya pergi ke surau lain yang sedikit jauh, sementara surau yang paling dekat dengan rumah saya tiada jemaah pada waktu tersebut?

Terima kasih Tuan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berkenaan dengan isu yang diutarakan, surau bukanlah masjid dan tidak mengambil hukum masjid. Oleh itu, tiada kerfarduan yang diwajibkan kepada penduduk setempat untuk melaksanakan solat berjemaah di surau. Ini kerana, kefarduan solat jemaah yang dituntut (fardu kifayah) kepada penduduk setempat adalah pada masjid di suatu kariah atau kawasan. 

Bagi menjawab soalan yang diajukan, tiada halangan untuk solat di surau kawasan lain walaupun surau tempat sendiri tidak ada sesiapa dirikan solat berjemaah. Akan tetapi, jika terdapat solat jamaah di kawasan rumah yang berdekatan adalah digalakkan untuk kita sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan surau di kawasan perumahan kita juga.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image