Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum, Jika perbuatan bersentuhan lelaki dan peprempuan bukan mahram berlaku tetapi secara berlapik sewaktu bekerja, sedangkan hal tersebut boleh untuk dielakkan. Mohon penjelasan.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, terdapat dalil berkaitan larangan bersentuhan antara lelaki | dan perempuan bukan mahram iaitu sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).
Riwayat Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir (20/211)
Muktamad Mazhab Syafi’e, bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram, sama ada secara langsung atau berlapik, adalah tidak dibenarkan jika tiada keperluan yang mendesak. Justeru, sekiranya sentuhan tersebut boleh dielakkan, maka hendaklah dielakkan.
Manakala dalam konteks pekerjaan yang melibatkan kes-kes dalam keadaan darurat, seperti rawatan perubatan, pembedahan atau situasi tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka dibenarkan selagi tidak menimbulkan sebarang fitnah di samping menjaga batas-batas serta garis panduan yang telah ditetapkan syariat dan memelihara nilai-nilai adab.
Kesimpulannya, jika bersentuhan secara berlapik dalam pekerjaan boleh dielakkan, maka hukum asalnya tetap haram menurut Mazhab Syafi'ie.
Sekian, terima kasih.