Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya dari Setia Alam hendak bercuti di Perak . Dalam perjalanan ke Perak, saya bermalam di Tanjung Karang (50km dari Setia Alam) selama dua hari.
Adakah di Tanjung Karang saya boleh melakukan jamak ?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, permusafiran tuan dari Setia Alam ke Perak telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar antaranya;
Adapun Tanjung Karang yang tuan singgah dan tidur di situ maka dibolehkan lagi melakukan solat jamak dan qasar atas dasar tuan tidak berniat dan tidak menetap pada satu tempat itu melebihi dari 3 hari. Erti kata lain, tuan berpindah-pindah dari satu destinasi ke satu destinasi lain tanpa menetap lebih dari 3 hari.
Sekian, terima kasih.