BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan Mufti.

Saya selalu terfikir pasal kesyirikan dan selalau melawannya. Ia mengganggu pemikiran saya, seolah2 saya terjerumus juga dalam percaya yang bukan-bukan. Selalunya terlintas bila bermain Game, tengok filem dan dengar lagu (terutama barat dan lagu2 yang harus).

Adakah saya wajib tinggalkan semua hiburan harus dan selalu ucap Laa Ilaaha IllaLlah setiap kali saya terfikir perkara begitu atau Tuqn Mufti ada solusi lain untuk perkara ini?

Terima kasih Tn Mufti Selangor


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mengalami lintasan seperti itu merupakan perkara lumrah yang boleh berlaku kepada semua orang. Namun tidak dianggap berdosa sekiranya hanya sekadar lintasan dan lalu begitu sahaja. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengampunkan bagi umatku apa yang diwaswaskan (bisikan) dengannya di dalam hatinya selagimana dia tidak melakukan atau mengucapkan (apa yang diwaswaskan). (Riwayat al-Bukhari)

Abaikan dan cuba jauhi daripada perkara yang mungkin boleh mendatangkan lintasan-lintasan tersebut jika mampu. Seandainya didatangi lintasan seperti itu, perbanyakkanlah berzikir antaranya dengan beristigfar kepada Allah SWT, di samping sentiasa memperbaharui syahadah sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

جَدِّدُوا إِيمَانَكُمْ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَيْفَ نُجَدِّدُ إِيمَانَنَا، قَالَ: أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

Bermaksud: Perbaharuilah iman kamu, Rasulullah ditanya: Bagaimana cara untuk memperbaharui iman kami. Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakan berkata لا اله الا الله. (Riwayat Ahmad).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image