BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz...

1) jika terdapat keputihan di seluar dalam dan sy baru lepas keluar tandas(tidak membawa tisu utk mengelap)sewaktu berada di kawasan luar rumah dan seluar itu jadi lembap.Adakah kawasan yang saya duduk menjadi tempat bernajis juga?

2) Jika sy sentiasa keluar angin melalui qubul ketika solat,adakah solat dan wuduk sy batal? Sy penat nk ulang alik amik wuduk. Angin tu kerapp keluar time solat,kalau tak solat jarang pula keluar.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Merujuk kepada persoalan, hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus suci jika tidak terdapat ain najis sama ada warna, bau atau rasa najis pada kawasan tersebut. Untuk menghukumkan sesuatu tempat itu sebagai bernajis, maka ia perlu dibuktikan dengan keyakinan iaitu adanya sifat najis tersebut pada kawasan yang dimaksudkan. Perasaan ragu-ragu tidak menyebabkan kawasan tersebut bernajis.

Keputihan secara asasnya adalah najis yang perlu disucikan dengan menghilangkan ain dan sifatnya meliputi bau, warna dan rasa. Namun, jika tidak terdapat najis tersebut pada kerusi yang puan duduk, ia dianggap tidak berlaku perpindahan najis melainkan diyakini adanya sifat najis keputihan itu. Adapun basah di kawasan dubur selepas dibasuh adalah sisa air daripada basuhan. Jika tiada tanda jelas seperti warna, najis, atau bau yang kuat dan berterusan, ia tidak dianggap najis.

2. Berkenaan angin yang keluar dari faraj, pertamanya perlu dipastikan sama ada angin atau bunyi yang keluar itu benar-benar dari dalam lubang faraj atau dari kelopak faraj. Jika angin yang berbunyi berada di kelopak faraj, tidak membatalkan wuduk. Tetapi, jika diyakini angin yang keluar itu dari lubang faraj, maka ia membatalkan wuduk. Jika puan sendiri yakin angin yang keluar adalah dari dalam lubang faraj, maka tiada keringanan bagi kes puan kerana ia membatalkan wuduk dan solat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لا فَلا يَخْرُجَنَّ مِنَ الْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

Maksudnya : “Jika seseorang diantara kamu mendapati ada sesuatu di dalam perutnya, samada sesuatu yang keluar dari perutnya atau tidak, maka janganlah keluar daripada masjid, sehinggalah ia mendengar bunyi atau keluarnya angin”

(Riwayat Muslim)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image