BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

 

Assalamualaikum ustaz

Saya nak bertanya mengenai pusaka arwah ayah saya. Yang mana berupa 2 saham (TNB & KUB) di bursa saham malaysia.

Saya telah menguruskannya melalui Amanah Raya dan telah mengambil alih saham tersebut.

Pada awalnya memang Saya berhajat untuk membeli saham tersebut. Dan bayar kepada waris ikut bahagian faraid.

Untuk info, Saya mengambil masa untuk mengumpulkan jumlah duit untuk bayaran kepada waris.

Persoalan saya..

1. Jika semasa tukar ke akaun saya jumlah saham tersebut beejumlah RM5000 dan kini saham tersebut RM7000 dan berubah ubah ikut turun naik pasaran. Jadi jumlah mana yang patut saya ambil sebagai bayaran kepada waris.?

2. Adakah saya perlu membayar zakat saham tersebut sebelum saya agihkan ikut faraid?

Harap dapat membantu.

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Dalam pembahagian faraid, harta pusaka dinilai berdasarkan nilai pada tarikh kematian arwah atau semasa proses pewarisan dimulakan. Jika semasa pemindahan saham ke akaun tuan jumlahnya RM5000, maka jumlah inilah yang dijadikan rujukan untuk pembayaran kepada waris. Kenaikan nilai saham kepada RM7000 atau secara naik turun selepas itu adalah hak pemilik baru, iaitu tuan, kerana ia berlaku setelah pemindahan selesai.

Setelah saham dipindahkan kepada tuan, zakat saham hanya menjadi kewajipan kepada tuan sebagai pemilik baru jika cukup nisab dan haul. Sekiranya arwah meninggalkan tanggungan zakat yang belum ditunaikan sebelum wafat, maka ia perlu dilunaskan dari harta pusaka sebelum pembahagian faraid dilakukan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image