Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1.Suami telahpun halau saya Dan lafaz cerai di luar mahkhamah dgn berkata ‘mira aku CERAIKAN kau’ namun suami tidak mengaku menafikan nya di hadapan hakim padahal memang jelas suami lafaz...namun ISTERI memilih untuk tinggal di rumah lain yg berasingan..apakah hukum bagi ISTERI tersebut..
2.adakah seorang ISTERI layak untuk dapat hak jagaan anak jika dalam situasi tersebut di atas.
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan :
1. Sekiranya Mahkamah Syariah telah mengesahkan bahawa tidak berlaku lafaz cerai oleh suami puan kepada puan, maka pasangan masih kekal sebagai suami isteri dan segala hak dan tanggungjawab masih wajib dilaksanakan dan dipatuhi oleh pasangan. Oleh yang demikian, sebagai isteri dia tidak boleh keluar rumah atau tinggal berasingan tanpa izin suaminya. Sekiranya suami izinkan maka ia tidak menjadi masalah dari sudut hukum syara.
2. Sekiranya isteri engkar atau tidak taat pada suaminya pada perkara kebaikan dan bukan perbuatan dosa atau maksiat, maka ia boleh menjejaskan kelayakan isteri untuk mendapat hak penjagaan anak. Walau bagaimana pun ia bergantung kepada keterangan dan pembuktian pihak-pihak di mahkamah nanti. Ini kerana penentuan hak penjagaan anak adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih.