BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

berapa kali boleh solat qada fardhu yang sama dalam satu hari ?? Solat qada fardhu zuhur , solat fardhu zuhur , solat qada fardhu zuhur , is that okay ??


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Tiada had tertentu dalam jumlah solat qadha yang boleh dilakukan dalam satu hari. Puan boleh mengqadha solat fardhu yang tertinggal sebanyak yang mampu selagi tidak memudaratkan diri. Namun begitu, disarankan agar mengerjakan qadha solat tersebut secara beransur-ansur bagi memastikan tidak putus asa dalam melakukan sesuatu ibadah.

Dalam kes yang puan sebutkan melakukan solat qadha Zuhur, kemudian solat Zuhur dalam waktunya dan seterusnya melakukan solat qadha Zuhur lagi ini adalah dibolehkan. Bahkan, dalam mazhab Shafi'i, disunatkan untuk menyusun solat mengikut tertib, iaitu mengerjakan qadha dahulu sebelum solat fardhu dalam waktunya sekiranya waktunya mencukupi. Namun, jika dikhuatiri akan terlepas solat dalam waktunya, maka perlu didahulukan solat fardhu terlebih dahulu. Di samping itu, disarankan juga agar puan mencatat dan menganggarkan bilangan solat yang ditinggalkan dan berusaha untuk qadha sedaya yang mungkin. Semoga Allah menerima amalan dan mengampunkan dosa-dosa yang lalu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 15

message user image