BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Adik bongsu saya baru meninggal dunia beberapa hari yang lalu.
Arwah belum berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Ibu kami telah meninggal dunia. Ayah kami masih hidup.

Arwah mempunyai 4 orang abang (seibu sebapa) dan 2 orang kakak (seibu sebapa).

Arwah juga masih mempunyai seorang pakcik yg masih hidup (adik ayah), dan 2 orang makcik yang masih hidup (adik ayah).

Saya ingin kepastian hukum faraid untuk harta tinggalan arwah akan beri 100% kepada ayah atau 1/6 kepada ayah dan abang-abang, 1/12 kepada kakak-kakak?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pembahagian bagi contoh kes yang dikemukakan adalah waris yang akan mewarisi harta si mati hanya bapa sahaja, sebaliknya saudara seibu sebapa lelaki dan perempuan telah gugur dari mendapatan harta pusaka si mati. Hal ini kerana di dalam syarak bapa telah mendapat Asabah Bi al-Nafsi iaitu pewaris yang menerima harta pusaka secara keseluruhan disebabkan tiada waris utama yang lain bagi si mati seperti anak lelaki atau anak perempuan. Sepertimana di dalam surah al-Nisa ayat 11:

وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ

Maksudnya: Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image