Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t...semoga ada sinar buat diri saya dan semua muslimin/muslimat.tuan,soalan saya.adakah saya dikira anak durhaka terhadap ibu saya?ibu saya dh 4tahun menghidap penyakit nyanyuk.semenjak penyakit nyanyuk ibu saya pada tahap tidak mengenal org,anak2 dan xbercakap.ibu dijaga oleh kakak sulong saya.kami 4 adik beradik.kakak,abang,saya dan adik perempuan.saya singkatkan cerita.penyakit nyanyuk ibu saya menjadi ketara selepas kematian ayah saya.dlm setandan pisang,saya la yg buruknya dlm keluarga kami.saya dan kakak ada selisih paham.kakak saya yg menjaga ibu saya selepas kematian ayah.selisih paham antara kakak dan saya jdi waktu ayah meninggal.waktu tu isteri saya baru melahirkan anak saya yg ketiga.saya isteri baru pulang ke kg sebelum tu kami tinggal di pulau pinang.lepas ayah meninggal saya bt kptsn nk blk dok kg nk urus la apa yg boleh diurus.kami xda kereta,moto utk begerak.isteri saya baru melahirkan anak kena pi klinik utk check up,nk begerak sini sana memang xda kenderaan.ayah saya lps meninggal ada la kereta sebiji.waktu nk bt faraid nilai harta,semua xdak masalah langsung.bukan permasalahan tentang faraid.kereta ayah yg dia tinggal,kakak saya bgtau ayah saya pesan/mcm wasiat mulut dia kata kalau dia xdak nti kereta bgi kt adik perempuan kami.demi allah xdak pun kt hati saya ni nk petikai atau xsetuju apa yg kakak saya bgtau pasai kereta tu.saya dan isteri time tu mtk la nk guna sat waktu isteri pantang.nk pi klinik,apa kenderaan xdak susah.adik perempuan saya waktu tu xda masalah pun dia sbb kena ikut cakap xtau la kira sebelah pihak lagi yg bukan dri pihak saya..depa xbgi,xmau nk pkiaq pasai adik beradik yg tgh susah.saya btoi2 mkn hati start dri permasalahan tu.kalo nk cerita panjang,sedih allah ja yg tau cmna.ibu saya kakak saya yg jaga.bermula dri pertengkaran tu sampai la sekarang,4,5tahun dh.saya xpi langsung tgk ibu saya sbb ibu kakak yg jaga.berada dirumah kakak.sbb mkn hati ego yg saya xpi kerumah dia utk tgk ibu saya.apa pun saya xdapat msg ka call ka tnya kabar ka sampai lani.demi allah saya dan ibu memang xda masalah.pasai masalah ni,saya xpi tgk ibu saya.adakah saya seorang anak yg durhaka tuan?
Jawapan
Berdasarkan kisah yang disampaikan, sememangnya Islam mengharamkan bagi sesiapa yang memutuskan silaturrahim sesama manusia apatahlagi dengan adik beradik dan lebih malang dengan ibunya sendiri. Ancaman demi ancaman telah Allah SWT firmankan dan Nabi Muhammad SAW sabdakan.
Allah SWT melaknat hamba-Nya yang memutuskan hubungan silaturrahim sebagaimana Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad ayat 22- 23:
Maksudnya: (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.
Begitu juga ancaman keras yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW, daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari. (Riwayat Muslim)
Diriwayatkan oleh daripada daripada hadith Jubair bin Muth’im RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim. (Riwayat Muslim)
Tidakkah kita merasa takut dengan ancaman di atas? Apa juga keadaan dan situasinya serta masalahnya larangan memutuskan hubungan kekeluargaan adalah sangat dilarang dalam Islam. Perbaiki hubungan dengan adik-beradik adalah keutamaannya yang perlu didahulukan. Carilah apa juga penyelesaiannya bagi memastikan kebajikan si ibu lebih terjamin dengan dijaga secara bergilir sesama adik-beradik. Sekiranya ini diteruskan dengan bermasam muka, tidak bertegur bertahun-tahun, maka tuan dan adik-beradik akan terus berdosa dan ingatlah ancaman dari dalik-dalil di atas.
Sekian, terima kasih.