Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, saya pada mulanya tiada penyakit was-was,tapi sejak tahun 2022 sebagai pelajar universiti tak silap saya,saya telah datang dengan ujian ketikamana saya hendak solat,saya merasakan ada sesuatu keluar dari kemaluan saya, ketika itulah saya membuat andaian bahawa itu kemungkinan air kencing tanpa mengenal pasti sama ada betul atau tidak dan pergi mengantikan seluar baru dan menunaikan solat baru.Ketika itu,saya tidak tahu bahawasanya sekadar mengalirkan air saja dapat telah menyucikan kawasan yang saya was-was itu.Saya terus membuat andain bahawa seluruh badan dan pakaian saya adalah kotor.Jadi masalah pemikiran ini berlanjutan sehingga kini,tapi sekarang saya baru sedar ,kira-kira setahun lebih juga baru saya sedar bahawasanya perkara ini adalah salah dalam islam terhadap andain saya sendiri,saya berasa sangat jahil akan diri sendiri kerana tidak menanyakan kepada sesiapa tentang masalah yang saya hadapi.Semasa saya di rumah sewa pula,saya tidak pasti saya bocor sehinggalah selepas saya mandi saya baru sedar bahawasanya saya bocor,saya melihat kerusi yang saya duduk itu terdapat kesan kotor,saya pada ketika itu tidak tahu kenapa saya membuat andain bahawasanya kotor itu disebabkan darah saya atau tidak,saya tidak berapa ingat tentang ini sebab sudah lama berlaku kira awal tahun lepas atau hujung atau dua tahun lepas sama ada saya terus mencuci kerusi itu pada masa tiu atau hari lain,tapi saya yakin saya mencuci kerusi itu pada mulanya dengan tisu basah dapur yang mengandungi sabun dan saya letakkan air untuk menghilangkan kesan sabun pada kerusi itu kerana saya pada itu panik dan saya pon jahil dan tidak sedar untuk mencari carian atau menanyakan kepada sesiapa tentang cara pembersihan itu.1)Persoalan saya,apakah hukum dan kesucian terhadap kerusi itu dan bagaimana dengan housemate saya yang lain jika duduk di atas kerusi tiu atas kesalahan sayas sedniri tidak memberitahu untuk tidak duduk di atas kerusi itu kerana saya tidak tahu kenap mulut saya ibarat terkicni pada masa itu untuk meberitahu kebenaran,Allahuakbar,jahil nya saya ustaz.Kemudian,pada minggu lepas,saya mendapati kerusi itu terdapat satu kesan tompok di mana saya pon tidak pasti ia adalah kesan kotoran saya lagi atau kesan kotor yang lain kerana saya tidak pasti saya sudah betul-betul bersihkan kerusi itu sehingga hilang warnanya kerana perkara ini sudah berlaku lama tapi dalam masa yang sama saya rasa saya yakin kerusi itu telah bersih dari segi warna tapi saya tidak bau kerusi pada masa itu,saya pon mebrsihkan semual menhilangkan warna tompok itu dan alirkan air di tandas kerana saya sudah tahu cara penyucian sebenar.2)Persoalan saya,adakah cara penyucian saya itu dikira bersih dalam islam dan bagaimana sekiranya ketika saya membersihkan kerusi itu saya yakin sudah bersih kemudian saya merasa was- was tentang kebersihan dan kesucian kerusi itu kemudian pada tahun ini saya mersa yakin semula selepas saya yakin yang saya menyucikan kerusi itu dengan tamabahan membasuh kali kedua kerusi itu,apakah hukum kepada kami serumah dari segi pemakaian dan barang-barang kami gunakan dalam kehidupan seharian dan solat,ada berlaku pemindahan najis atau tidak kerana andaian saya mengatakan ia tidak suci selama ini dan merasakan suci sekarang apabila difikirakan semual.Saya tahu saya terlalu ambik ringan tentang ini dan berasa berdosa sangat-sangat atas kehilafan dan kejahilan saya.3)Soalan seterusnya,apabila saya sedar pada tilam saya juga ada kesan kotor darah,saya pon menyucikan sama seperti saya menyucikan pada kerusi dapur itu,saya hilangkan warna pada tilam itu dengan tisu dapur bersabun dan basahkan tilam itu dengan air paip.tapi pada masa itu saya tidak pasti bahawasanya tilam itu sudah suci atau tidak,saya membuat andaian tilam itu tidak suci dan bagaimana hukum untuk andaian saya,adakah ia dikira suci atau tidak,kemudian saya terus mengingatkaan setiap kali saya duduk di atas tilam ini,seluruh baju saya kotor dan tidak boleh di bawa solat kerana pemikiran saya yang tidak yakin ini kerana saya pon tidak pasti sama ada ketika masa saya perasan tilam itu ada yang kesan darah,pakaian saya kering atau basah dan berlakuu pemindahan najis atau tidak.Kemudian ,perkara ini bertambah teruk apabila saya membuat andaian bahasawanya setiap apa yang saya pegang duduk pakai selepas duduk di atas tilam ini adalah kotor dengan tamabahnya was-was saya terhadap kesucian menggunakan tandas duduk dimana sebelum ini saya tidak ada pon perasaan was-was terhadap tandas duduk.4)persoalannya ,apakah hukum ketika mana dulu saya membuat andaian ketika mana saya menggunakan tandas duduk dan tidak mandi selepas itu,saya merasakan tidak suci sendagkan ia adalah suci tetapi saya tidak yakin akan kesucian itu pada msa itu tetapi bila difikirkan semula harini ia adalah suci kerana jika ada berlakunya percikan sama sekali padaa seluar saya ,saya tidak pasti sama ada ia adalah air basuhan najis pertama atau kedua pada seluar dan saya mebuat anadain saya tetap kotor apabila baring semua di atas tilam saya.Akhirnya,sehingga kini saya sendiri tersa merana dan stress akibat pemikiran saya yang teruk ini kerana kehilafan dan kejahilan saya dan orang di sekeliling saya tentang kesucian dalam islam tanpa memeriksa hukum hakam sebenar dan ia mengambil masa yang agak lama iaitu setahun setengah juga untuk saya sedar perkara yang saya lakukan ini adalah salah dan tidak patut dilakukan .Pada sebelum ini dan sehingga kini ,apabila saya mandi dan mebasuh barang-barang saya yang saya mersakan kotor dan alirkan air baru saya rasa dan yakinsuci sedangakn saya pon x pasti ada najis ke tidak di setiap barang saya pergang ini.5)Persoalan saya,apakah hukum terhadap perbuatan saya ini di mana dulu saya mersakan setiap benda yang saya pegang atau duduk selum saya mandi adalah tidak suci dan terhadap penyentuhan saya kepada rakan seblik,serumah dan barang disekeliling saya dan sekarang saya menyedari bahwasaanya semua itu adalah suci sahaja tetapi kerana pemikiran yang kolot ini membutkan saya merana dan menangis pada setiap sehari dan memohon keampuna kepada ALLAH kerana ambil masa yang lama untuk sedar sedangkan housemate saya yang lain melakukan rutin biasa sebagai seorang muslimat kerana saya tidak pernah memberitahu masalah saya kepada mereka mahupun keluarga sendiri.Saya minta maaf kerana terpaksa menulis panjang-panjang masalah yang saya hadapi ini,walaupun saya merasakan perkara ini adalah sangat remeh bagi pihak ustaz tapi inilah berlaku kepada saya sekarang.Saya harap ustaz dapat menjawab masalah saya kerana saya hampir putus asa dengan kehidupan saya sekarang apabila memikikan masalah yang saya hadapi ini.Saya ucapkan beribuan terima kasih kepda pihak ustaz kerana sudi membaca dan menjawab masalah saya hadapi ini.
Jawapan
Mengambil sikap tidak peduli iaitu membiarkan perasaan was-was tersebut.
Bersabar dan terus mencuba menghilangkan perasaan was-was. Hal ini kerana mereka yang ditimpa penyakit was-was sebenarnya sedang diuji iaitu ujian menentang hasutan syaitan.
Mempelajari tatacara ibadah yang sahih supaya dapat menhindari masalah was-was.
Mohonlah perlindungan kepada Allah dengan memperbanyakkan berdoa. Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 36:
Maksudnya: Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Puan juga boleh merujuk artikel ini sebagai panduan menangani was-was: https://www.muftiselangor.gov.my/2024/11/19/76-taudhih-al-hukmi-panduan-menangani-%3Cspan%20class=
Menjawab kepada persoalan secara umumnya, Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin, maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika menghukumkan sesuatu adalah bernajis hanya dengan sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh yang menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Hal ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka ia kekal bersih dan suci. Oleh itu, najis hanya berpindah jika ada kesan yang nyata sama ada dari sudut warna, bau atau rasa. Tidak perlu menganggap barang lain yang sudah disentuh turut menjadi najis kecuali adanya kesan najis.
Jika telah DIYAKINI bahawa sesuatu itu bernajis dengan adanya ain najis, maka hendaklah disucikan tempat tersebut dengan menghilangkan ain najis tersebut serta mengalirkan air sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Sekian, terima kasih.