BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz,

 

Saya ada dua soalan nak tanya adakah kita boleh berdoa memohon bidadari ainul mardiah seperti dibawah :

"Ya Allah permudahkan kami mendapat bidadari Ainul Mardiah di syurga"

 

 

Soalan kedua, saya ada dengar hadis berkenaan jangan doa berlebihan

": “Sesungguhnya akan ada suatu kaum dari umat ini yang berlebihan dalam bersuci dan dalam berdoa” [Hadits shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud nomor 96, Ibnu Majah nomor 3864, dan lain-lain. Saya (Syaikh Salim Al-Hilaly) katakan : “Hadits ini hadits shahih”]."

 

Soalan saya boleh ke ustaz semak doa yang saya catat ini dan yang saya baca ini, adakah termasuk dalam hadis diatas.

 

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam, selawat dan selama keatas junjungan nabi muhammad S.A.W, keatas keluarganya, keatas sahabatnya dan keatas muslimin muslimat

Sebut nama Allah

Puji Ibu Ayah

Ya Allah berkat nama mu yang maha mengasihani, kasihanilah ibu ayah ku sebagaimana ibu ayah ku mengasihani sewaktu kecil

Rahmatilah mereka, luasknlah kubur mereka, dan terangilah kubur mereka sebagaimana engkau terangi bumi ini dengan cahaya matahari mu

Haramkn neraka keatas mereka dan masukkan lah mereka ke syurga firdaus mu tanpa al-hisab

Jika mereka masih hidup tambahknlah kecintaan antara mereka,kemesraan mereka, kurangkn lah perbalahan antara mereka, murahkn lah rezeki mereka, kayakanlah mereka dgn ilmu yg bermanfaat, suburkn lah jiwa mereka,lapangknlah dada mereka, tabahkn lah hati mereka , hindarkn mereka dari org2 yg buruk sikapnya, hindarkn mereka dari segala penyakit berbahaya dan kurangknlah tekanan hidup mereka.

Puji sifat seperti nabi

Puji Allah *key word* Maha pemberi Al Wahhaab

Berkat nama mu yang memberi berilah kami ilmu pengetahuan yang berguna dunia dan akhirat, hati yang khusyuk pada mu, jiwa yang tenteram, nafsu yang dpt dikawal, dan mata yang menangis kerana bnyak melakukan dosa kepada mu

Hindarkn kami dari sifat mazmumah dan gandakanlh sifat mahmudah dlm diri kami dan terapkn lah sifat Rasulluah dlm diri kami.

Permudahknlah kami dlm menjalankn amal makruf dan nahi mungkar dan menjalankn dakwah mu.

Sampaiknlah kami pada bulan Ramadhan akan dtg.

Pilihlah kami dlm menunaikn solat sunat tahajjud dan solat sunat yang lain, dan pilihlah kami dlm menunaikn solat fardhu subuh dan fardhu yang lain secara berjemaah

Terimalah amalam kami pada hari ini dan hari2 sebelumnya

Hindarkan kami dari penyakit berbahaya dan kurangkanlah tekanan hidup kami

Ya rabb wahai tuhan kami yang membolak balikan hati ini, teguhkan lah hatiku pada agama mu

Puji Allah (sebut namanya), Ya Aliim (maha mengetahui)

Hidupknlah kami dgn iman, matiknlah kami dgn iman, dan jalanilah kami dgn iman, bangkitkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kami kesyurga firdaus mu dengan iman,

Matiknlah kami dlm keadaan husnulkhotimah dan jgn lah matikn kami dlm keadaan suulkhotimah,

Matiknlah kami dlm keadaan mati syahid, jgn mati dlm keadaan nazak, jgn mati dlm keadaan hina,

Matiknlah kami sebelum terkeluarnya Dajjal, terkena fitnah bumi dan sebelum hari kiamat,

Matiknlah kami pada hari jumaat dan pada bulan Ramadhan iaitu penghulu segala hari dan bulan yang paling diberkati

Dan tariklah nyawa kami sewaktu kami tengah bermunajat dan beribadat kepada mu

Serta akhirilah kalimah hidup kami dgn kalimah LailahaillaAllah Muhammadur Rasullah

Matikanlah kami dalam keadaan kami berpuasa kepada mu

Matikanlah kami dalam keadaan berwuduk

Ya Allah,

aku berlindung dengan-Mu daripada mati jatuh tempat tinggi,

aku berlindung dengan-Mu daripada mati tertimbus,

aku berlindung dengan-Mu daripada mati lemas, terbakar, terlalu tua (nyanyuk),

aku berlindung dengan-Mu daripada digelincirkan oleh syaitan disaat kematianku,

aku berlindung dengan-Mu daripada mati ketika lari dari medan peperangan

aku berlindung dengan-Mu daripada mati disengat binatang berbisa.

Panjangkn lah umur kami dgn kebaikan * 3 dan matikanlah kami andai kematian membawa kebaikan kpda kami.

Tempatkanlah seluruh umat islam yang masih hidup atau yang telah kembali kpd mu di syurga firdaus mu, walaupun kami tahu kami tidak layak sama sekali kerana dosa kami yang banyak ini, dan amalan kami yang penuh cacat cela. Namun kami tidak mahu ke neraka mu dengan itu kami memohon dari limpah dan kurnia mu beri kami syafat seperti syafaat nabi *3, berilah kami kerahmatan dan keredaan mu *3, berikn kami keampunan dan kemaafan mu*.

Sesungguhnya ko mahu pengampun dan maha penerima taubat Alghaffu, ampun kn dosa kami ini,

(Ceritakn dosa yang pernah lakukan)

Dan permudahknlah dan bagilah kami ingatan dlm menunaikan nazar kami dan hutang kami kepada mu sebelum nyawa kami di tarik balik, permudahknlah kami menjaga waktu solat kami, permudahknlah kami menjaga angota badan kami dari melakukan perkara yang dimurkai oleh mu.

Kepada seluruh manusia kami yg pernah kami membuat dosa, ko bagi lah mereka hidayat spaya mereka memaafkn dosa seluruh muslimin & muslimat, ko rendahkn lah ego kami dan ko lancarknlah lidah kami dlm meminta maaf kepada mereka.

Kpd seluruh manusia kami yg pernah kami berhutang, ko bagilah keberanian kpd mereka utk meminta kpd kami tanpa segan silu, sesungguhnya kami mengaku diatas kejahilan dan kealpaan kami, kami lupa akan tanggungjawab kami

Aku Memaafkn dosa semua org hari ini dan hari yg lalu, buang sifat mazmumah gandakn sifat mahmudah.

Bagilah kami sentiasa berbaik dan menjaga hubungan kami diantara seluruh muslimin dan muslimat dan yg bukan islam.

Wajib Minta : DOA PENTING SEKALI

Ya Allah yang maha agung

Rahmati dan berkati hidup kami dunia dan akhirat

Kurangkn rasa sakit kami sewaktu sakaratul maut

Bagi lah Jenazah kami disembahyangkn lebih dari 100 orang yg dekat pada mu, yang terdiri daripada para ulamak dan alim warak serta para Wali Allah.

Bagi jenazah kami disemadikn ditempat yang paling mulia Al baqi madinah atau tempat paling jauh daei tempat tinggal.

Bagi kami syahid di jalan mu,

Permudahkan kami mendapat syafaat alquran di hari kiamat

Permudahknlah kami menjawab soalan mungkar nankir, persepatkn lah soal jwb kami, jadikan alam barzakh itu taman2 syurga kami.

Sewaktu kami dibangkitkan, masukknlah kami ke dlm 7 golongan yg mendapat perlindungan oleh mu.*3

bangkitkan lah kami bersama Rasulluaah S.AW.

Bangkitkn kami dlm keadaan tidak lapar, dan tidak dahaga, serta berikan lah kami syafaat, pakaian dan kenderaan yang paling mulia sewaktu mengjhadap mu, dan percepatkn lah proses kami

Berilah kami kesempatan dan keizinan dan peluang ya Allah utk merasai telaga kauthar yang diberi oleh Rasulluah S.A.W

Sewaktu mana kami berjalan di titian sirat, bagi kami kelajuan yang paling laju sekali kelajuan yg langsung tidak didengari suara neraka dan Ahli neraka

Serta kami memohon dari limpah dan kurnia mu nabi telah bersabda akan ada 70000 orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab,masukkan lah kami kedalam golongan tersebut*7

Dan tempat kn lah di syurga firdaus mu *7, bagilah kami 1 taman dan 1 jiran bersama Rasulluah S.A.W,

Gandaknlah nikmat kami disyurga *3, gandaknlah darjat kami disyurga *3, gandakanlah mahligai kami disyurga *3 dan gandaknlah bidadari kami disyurga *5, Ya Allah Bangunkan lah untukku sebuah rumah dan taman disisimu didalm syurga firdaus, serta binakanlah kami marka tertinggi disisimu

Makbulkan lah doa kami, Permudahknlah kami berusaha dgn apa yg kami minta insyaallah*3

Puji Allah

Sesungguhnya engkau maha bijaksana (Al Hakim) Bagi kami kebijasanaan dlm pembahagian masa kami,

Al Basit maha sempurna, sempurnakan segala urusan agama kami sembahyang kami, pelajaran kami, bisnes kami,pekerjaan kami dan keluarga kami

Berkat nama mu Al Basit (melimpahkn nikmat), berlah kejayaan kpd kami dlm agama kami, sembhyng, bisnes kami, pekerjaan kami, dan pelajaran kami, serta keluarga kami

Berikan redha mu kepada kami dunia akhirat *5, masukkn kami kedalam syurga firdaus mu tanpa hibas*5 dan apa sahaja Tindakan yang mendekatkan kami, jauhkn kami dari azab api neraka mu *5 dan apa sahaja Tindakan yang menjauhkan kami, bagi kami serta ahli keluarga kami orang yang mendirikn solat di awal waktu dan secara berjemaah serta khusyuk dlm solat, serta terimalah amalan kami ini dan ampunkanlah dosa kami pada hari ini dan hari2 yang telah lalu, dan bagilah setiap tindak tanduk kami pada hari ini dan hari2 yang akan datang niat kerana mu, dan permudahkan segala urusan kami pada hari mendatang

Cerita berkenaan impian sendiri

diriku, pasangan ku, anakku, ibuayah ku, keluarga mertua, adik beradik, saudara, sepupu, jiran tetangga dan seluruh muslimin muslimat yang masih hidup atau yg telah kembali, apa sahaja yang mereka hajati bertepatan dgn syariat islam.

Maaf kan dan redha apa sahaja isteri lakukan pada hari ini dan hari2 sebelumnya, Tambahkan kecintaan antara kami, kefahaman, kasih sayang, kurang perbalahan, kemesraan.

(cerita permasalahan hari ini)

Ibu ayah bagi lah hidayat, kekuatan utk aku membantu ibu ku sedaya yang mampu

Hidayat kepd adik beradik (Sebut nama adik beradik)

Majuknlah bisnes ku, jgn lah bagi aku cpt patah smangat,

Doa utk Saudara Al-Walid (Maha melindung)

=============================

Ya Al-Walid (Yg Maha Melindung) Saudara2 kami tidak kira dimana negara sekali pun (syria, yaman, palesti, rohingnya, baitul muqaddis, al aqsa, china, indonesia, di Xianjing di New Dehli dan Malaysia, berilah kemenangan, ketabahan kekuatan dan keselataman dan perlindungan kpd mereka, menangknlah islam,

Key word jika tengah berperang hantar kn tentera mu Ya Allah, jika tengah berlindung linduingi lah sebagaimana ko lindungi Ashabul kahfi, jika kelaparan kenyangknlah, jika kehausan hilangkn lah, jika dicerca berilah kesabaran, jika mereka ditimpa penyakit berilah kesembuhan, jika ditimpa musibah hilangkn lah. jika mereka dan kepada kami yang diberi nikmat ini ko bagilah kekuatan untuk membantu sedaya yang kami mampu..

Kepd msuh2 islam, warga LGBT dan orang ingin mengenali islam jika terdekit dihati mereka rasa bersalah ko bagilah mereka hidayat, supaya mereka kembali kepangkal jalan, jika mereka masih melakukan kezaliman ko bagilah pembalasan kpd mereka kerana mereka terlah melampau batas, dan dekat kan mereke Bersama orang yang dekat dengan agama mu supaya mereke mengenali diri mereka dan Kembali ke jalan yang benar

Kpd seluruh umat islam bagilah kami bersatu dalam mengembangkn dakwah islam

Ya Allah bantulah aku dalam berzikir kepada mu, mensyukuri nikmat mu dan melakukan ibadah kepada mu

Ya Allah, Ya tuhan Kami, sesungguhnya aku berlindung kepada mu dari keluh kesah dan dukacita, dan aku berlindung kepada mu dari lemah kemahuan dan malas, dan aku berlindung kepada mu dari sifat penakut dan kedekut, dan aku berlindung kepada mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

Ya Allah, Kayakanlah aku dengan ilmu, hiasi diriku dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah aku dengan sifat ketakwaan dan cantikkanlah aku dengan nikmat kesihatan

Allahumabihaqi shobiruqyalhaqqa arinihi bihaq --> doa bertemu nabi

Allahumarfirzanbih watolhiqalbi wahafsin farjik (sucikan hatiku indahkan akhlak ku, dan lindungilah kemaluan ku)

1doa nabi merangkumi semua doa : allahummainnanasaluka ...

Insyallah*3, allah makbulkan doa kami ini.

penutup

Puji Allah dan Rasullnya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan yang diajukan:

1. Tiada halangan untuk kita berdoa dikurniakan bidadari syurga (al-Hur al-Ain / Ainul Mardiah).

2. Maksud berlebihan ketika berdoa adalah berdoa dengan tidak menjaga adab atau juga bermaksud berdoa meminta sesuatu yang tidak diharuskan syarak. Doa yang dibaca tiada masalah dan tidak termasuk dalam hadis berlebihan berdoa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image