Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamulaikum..sy ingin bertanya tentang Haid. Sy mengalami penyakit cyst pada rahim dan sy dinasihati oleh Doktor untuk mengambil ubat selama 2 atau 3 tahun lagi. Ubat ini menyebabkan sy tidak dtg haid. Ubat ini sy telah ambil sejak 2021.
tetapi ada masa dan ketika sejenis darah berwarna cokelat telah keluar selama 2 hari shj dan selepas itu keputihan biasa akan keluar.
sy ingin bertanya dalam masa 2 hari itu adakah sy bole solat seperti biasa atau dikira haid.
ubat itu sy perlu ambil bagi mencegah penyakit itu berulang kembali.
sekian soalan sy terima kasih
Jawapan
Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa haid boleh dikenal pasti melalui tempoh (tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam manakala tempoh maksimum suci daripada haid adalah 15 hari) dan warna darah yang keluar. Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan, didapati bahawa warna kecoklatan tersebut merupakan warna haid. Maka, selama tempoh ia keluar seseorang wanita itu tidak perlu menunaikan solat.