BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ibu saudara saya tidak berkahwin dan mempunyai 2org adk beradik..kedua org tuanya sudah meninggal dunia..soalan saya: saya adalah salah seorang anak kepada adik beradik ibu saudara saya@ anak saudara si mati, adakah ada bahagian faraid untuk saya dan tergolong dalam golongan  yang mana? Harap boleh jelaskan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan merupakan bukan waris ke atas harta pusaka ibu saudara tuan kerana tuan merupakan kategori Dhawil Arham. Berdasarkan fakta kes yang diterima melalui panggilan telefon, waris yang layak mewarisi harta pusaka si mati adalah dua (2) orang saudara seibu sebapa perempuan si mati (adik beradik si mati) dan tujuh (7) orang anak lelaki kepada saudara seibu sebapa lelaki kepada bapa si mati (sepupu kepada si mati).

Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar pihak tuan mendapatkan perintah faraid di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan waris dengan lebih tepat untuk memudahkan pengurusan harta pusaka si mati. Di samping tuan boleh meminta khidmat nasihat serta runding cara dari Unit Baitul Mal di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image