BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam, saya nak bertanyakan soal wali. Ayah saya sudah meninggal dunia dan saya mempunyai abang sulung, anak lelaki tunggal dalam keluarga saya. Sejak 8 bulan yang lalu, abang saya keluar dari rumah atas sebab perselisihan faham dengan ibu saya. Kami sekeluarga cuba untuk hubungi tetapi tidak dapat. Kami cuba cari melalui kawan kawan dia, dan kami tahu keberadaan dia cuma tidak berani untuk jumpa dia atas sebab dia seorang yang panas baran, dan dia tidak mahu kami sekeluarga tahu tempat tinggal dia. 
 

Sekiranya diluluskan untuk menggunakan wali hakim, adakah perlu dinikahkan di pejabat agama sahaja? Kerana keluarga pihak lelaki ingin dinikahkan di dewan kahwin di hulu langat. Adakah cara untuk saya dinikahkan oleh wali hakim di luar dari pejabat agama? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan saudari :

1.  Saudari masih mempunyai wali nasab iaitu adik beradik lelaki (abang sulung) maka dari sudut hukum syara saudari tidak boleh menggunakan wali hakim kecuali atas sebab seperti berikut :

   a) Tiada wali nasab 

   b) Wali ghaib atau hilang yang tidak dapat dihubungi.

   c) Wali enggan untuk menikahkan dengan sebab yang tidak dibenarkan atau alasan yang tidak diterima oleh syara.

   d) Wali berada jauh lebih dari 2 marhalah dari tempat di mana perempuan itu berada.

2. Sekiranya saudari memohon ke mahkamah untuk wali hakim berdasarkan mana--mana sebab di atas dan mahkamah meluluskan permohonan wali hakim tersebut, maka saudari boleh sahaja bernikah di mana-mana lokasi yang saudari tetapkan dan ia tidak semestinya dilaksanakan di Pejabat Agama Islam sahaja. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image