Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan ini adalah untuk isteri saya.
Pada 2 November 2024, saya telah berkahwin.
Pada 30 November 2024, kami mendapati isteri telah hamil.
Setelah buat pemeriksaan rutin pada Januari 2025, nurse menasihati agar tidak berpuasa kerana berat badan isteri menurun sejak kehamilan.
Isteri saya ada baki 7 hari ganti puasa pada tahun lepas yang masih belum diganti.
Adakah isteri saya dalam golong perlu bayar fidyah atau tidak, memandangkan semasa Ramadhan tahun lepas dia tidak mengandung?
Jawapan
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 184
Maksudnya: Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Merujuk kepada persoalan tuan,
Wajib qada' puasa dan bayar fidyah bagi isteri. Tuan boleh layari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor di http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ untuk perkiraan lanjut.
Sekian, terima kasih.