Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Pada masa tu hujan dan ada seekor anjing dalam keadaan basah tumpang berteduh di laluan pejalan kaki di rumah kedai. Menjadi isu, anak sy bersekolah di sebelah kedai tu. Jika laluan tu orang lalu lalang di situ dan pijak di depan laluan sekolah anak sy, adakah berpindah najisnya? Adakah bernajis selipar anak saya atau selipar sy? Bila hujan, selipar sy basah dan perlu pijak lantai tu untuk mengambil anak sy. Kadang2 anak sy juga akan memegang selipar tu. Untuk pengetahuan, laluan tu berbumbung dan tidak terkena hujan atau matahari.
Jawapan
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu barang itu terkena najis melalui ain, warna dan rasa. Penyucian ke atas barangan yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najis jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: "Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan". Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disertu. Begitu juga dengan konsep perpindahan najis. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya tidak perlu disertu dan hanya perlu dibersihkan seperti biasa sahaja.
Sekian, terima kasih.