Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum SS Tuan Mufti,
Saya Mej Mohamad Aswad bin Abdul Rahman dari KAGAT. Saya ingin ajukan soalan berkaitan fiqh solat untuk konfirmasi & dapatkan autoriti dari pihak SS Tuan Mufti. Soalan saya seperti berikut:
1. Pangkalan TLDM saya akan menaganjurkan Majlis Berbuka Puasa menggunakan platfotm kapal. Sebuah kapal akan digunakan untuk jadikan tempat solat Maghrib, Isyak & juga Teraweh. Kekuatan jemaah yg muat untuk solat di atas kapal dalam lingkungan 100pax sahaja sdgkan jemaah penuh yg hadir adalah 500pax. Maknanya baki 400pax lagi akan solat di jeti. Kapal tidak belayar, kapal merapat di jeti sahaja pada waktu ini. Bagaimana hukumnya dari segi kedudukan saf solat yg terpisah & saya bercadang hanya untuk menggunakan 1 imam sahaja tetapi audio, speaker dikuatkan & jemaah yg solat di atas jeti masih boleh mendengat dgn baik suara Imam?
2. Mohon juga pandangan & cadangan yg lebih afdhal dri pihak SS Tuan Mufti jika ada?
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Berdasarkan soalan yang diajukan, situasi solat jemaah berikut tidak menepati syarat-syarat sah solat berjemaah kerana tiada rabithah (penghubung) antara makmum yang berada di atas kapal dengan makmum yang berada di jeti. Selain itu, meskipun kapal tersebut merapat ke jeti namun ia tidak memiliki pintu atau tangga terbuka yang dapat menghubungkan makmum di jeti untuk mendapatkan imam dalam keadaan dada menghadap ke arah kiblat. Justeru dalam hal ini, solat berjemaah di tanah lapangan hanya menjadi sah sekiranya mengikuti Garis Panduan Solat Berjemaah Di Masjid, Bangunan Selain Masjid Dan Tanah Lapang terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagaimana berikut:-
Oleh itu, dicadangkan agar tuan melaksanakan solat secara berjemaah di perkarangan jeti sahaja kerana pelaksanaannya lebih meraikan syarat-syarat sah solat berjemaah seperti yang telah dinyatakan di atas.
Sekian, terima kasih.