BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah.

Saya ingin bertanya, permulaan berbuka puasa..minum air masak dulu ke makan kurma dulu mengikut sunnah nabi?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ ﷺ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

Maksudnya: Rasulullah SAW biasa berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah), sebelum menunaikan solat maghrib. Kalau tidak ada rutab maka baginda berbuka dengan tamar(kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian baginda berbuka dengan seteguk air. (HR Abu Daud dan Imam Ahmad).

Merujuk kepada persoalan saudari, sunnah mengutamakan berbuka puasa dengan rutab (kurma basah) terlebih dahulu, jika ia ada. Sekiranya rutab tiada, maka berbukalah dengan tamar (kurma biasa) dan sekiranya tamar tiada, maka dengan meneguk air.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 16

message user image