BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya nak tanya beberapa soalan

1.adakah tapak kaki anjing basah kerana terkena air hujan najis dan jika ia memijak lantai di rumah kita perlu sertu ke?

2.ada baju yang terkena gigitan anjing kemudian terbasuh sekali dalam mesin basuh bersama baju lain adakah baju lain dikira najis dan adakah mesin basuh itu dikira najis

3.ada air di dalam baldi di jilat anjing kemudian air yang dijilat anjing sudah di buang dan air di dalam baldi itu sudah bertukar  berbelas kali dan ada baju saya yang terkena air dari baldi tersebut dan baju itu perlu di sertu ke dan jika saya tak sertu dan saya terbasuh dengan baju lain adakah baju lain dikira najis.............adakah air di dalam baldi itu dikira najis walaupun sudah tukar berkali kali


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

  1. Kesan daripada tapak kaki anjing yang basah adalah najis. Jika yakin melihat anjing memijak lantai rumah, maka lantai rumah perlu disertu. 

  2. Bekas gigitan anjing pada baju tersebut sepatutnya dibersihkan dengan cara sertu terlebih dahulu. Adapun pakaian yang bercampur dengan baju tersebut dalam mesin basuh menjadi mutanajis

  3. Air yang telah ditukar berkali-kali dengan air baru sehingga hilang sifat-sifat najis (warna, bau atau rasa) sepenuhnya tidak dianggap najis kerana ia telah kembali kepada hukum asal iaitu suci dan menyucikan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 15

message user image