BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya nak tanya.  Pada hari ke 40 darah nifas sudah kering tetapi pada hari ke 50 darah keluar balik. Memandangkan sekarang adalah bulan ramadan, adakah solat dan puasa selama 2 hari pada hari darah berhenti tersebut dikira sah atau perlu diganti? Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, apabila darah nifas berhenti sebelum sampai 60 hari (tempoh maksimum nifas), maka ada beberapa keadaan yang perlu diambil kira iaitu:

  1. Jika tempoh berhenti darah tersebut adalah 15 hari 15 malam dan ke atas, maka darah yang keluar selepas tempoh tersebut dihukumkan sebagai darah haid.

  2. Manakala jika tempoh berhenti darah tersebut kurang dari 15 hari, maka darah yang keluar semula itu masih dihukumkan sebagai darah nifas.

Darah yang keluar pada hari ke-50 tersebut masih dihukumkan sebagai nifas kerana tempoh dari berhenti darah kurang daripada 15 hari 15 malam dan masih belum mencapai tempoh maksimum nifas. Justeru, solat yang dilaksanakan pada 2 hari tersebut adalah tidak sah namun tidak perlu diganti kerana masih berada dalam tempoh nifas. Manakala puasa yang dilakukan pada tempoh 2 hari tersebut, jika ia adalah  puasa Ramadhan, maka ia perlu diqada’.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image