Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbth.
Saya ada seorang jiran (yg tidak rapat) yang selalu meminta bantuan kewangan dari saya. Pada awalnya memang saya beri dengan ikhlas memandangkan suami yang tidak berkerja & sakit. Tapi lama-kelamaan menjadi kebiasaan pula dia meminta-minta bila sesak. Jumlah yang telah saya belanjakan untuk dia hampir mencecah 5 digit. Saya telah halalkan yang dulu-dulu. Tapi sekarang dia kerap meminjam duit & berjanji akan bayar balik namun janji tinggal janji.
Saya sendiri punyai tanggungjawab sendiri menanggung ibu saya yang sudah tua. Ada ketikanya saya sendiri sesak & terpaksa keluarkan simpanan tabung haji.
Apakah hukumnya jika sy endahkan saja permintaannya walaupun saya kesian padanya. Saya tak mahu bantuan saya ini tidak diterima Allah sebab saya tak ikhlas membantu. Saya sudah tidak ikhlas untuk membantu beliau.
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan, tidak wajib meminjamkan wang kepada jiran tersebut. Jika dengan memberi pinjaman tersebut menyebabkan kewangan kita juga terjejas, seeloknya tidak memberi pinjaman lagi. Jika benar jiran tersebut susah dan memerlukan wang, kita bolen bantu dengan cara memaklumkan kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan bantuan zakat bagi dirinya. Atau boleh maklumkan kepada jiran tersebut supaya memohon bantuan kewangan daripada agensi-agensi tertentu seperti Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sekian, terima kasih.